Monday, November 29, 2010

semalam itu semalam

perjalanan ini panjang
kau redah sukar, kau diam perit
kadang ia bernyanyi riang
kadang ia berdendang sepi
walau hebat mana kau
keras mana daging kecil di dada kau itu
terusan dari matamu itu pasti wujud
walau mungkin zahirnya kosong
tapi ku yakin batinnya selalu terjerit sendiri


kau hitung jejak semalam
kau kira sejarah hidupmu
kau pasti sedar betapa murahnya air matamu sebenarnya
biarkan ia mengalir sekarang
tetapi untuk senyuman di hari esok
yakinlah akan kebahagiaan yang kau cari
peganglah prinsip hidup kau itu
majulah, berjuanglah untuk selamanya
kerana hari esok pasti akan lebih manis dari hari ini
percayalah....

No comments: