Saturday, October 8, 2011

Janji Pasti




Si jejaka itu berjanji akan bahagia
Si jejaka itu berjanji akan cerita indah
Si jejaka itu berjanji akan uang dan ringgit
Si jejaka itu berjanji segalanya yang kau perlu

Dan aku?
Aku tidak layak berjanji
Bukan fitrahku penakut
Tetapi jasadku bergetar
Untuk menerima sekalian cintamu

Kubiarkan sirna menodak kata - kata
Kusimpan dusta di dalam peti, mati
Ku halakan hadiah ikhlas buatmu
Sekeping pasti
Kecil bernanah mungkinnya

Tapi ku yakin pasti
Bukan sekadar janji


9 comments:

Nin Ahmad ツ said...

Kerana aku takut termakan janji.
Jadi biarkan terus tersemat di hati,
Tapi aku pasti aku akan berlari,
Untuk mengejar apa yang aku ingini.

peh peh peh.

Inilah komen syok sendiri.kbai.haha

ghost writer said...

tinggalkan dia kalau tak mampu untuk teruskan.

Nurarnida Sabrina said...

lbih baik tk brjnji kalau tk mmpu dan berani. itu lagi menyenangkan hati.

Nadia said...

dia tak pernah berjanji apa-apa pada nadia. tapi dia selalu tunjuk usahanya. mungkin kah itu tanda kan kami bahagia? :D

monologtinism said...

teringat satu cerita,
waktu zaman nabi dahulu ada seorang wanita yang sangat kuat beribadahnya kepada Tuhannya hingga tak mahu bernikah kerana bimbang cinta pada tuhannya akan terganggu.
sesiapa yang mahu bernikah dengannya akan dia ajukan soalan

'jika kamu ingin berkahwin denganku mampukah kamu menjamin aku masuk kesyurga?'

tapi tak berapa ingat sangat.
hm teringat kisah ini.

Qaseh dalia adelia said...

bagus . jika tak mampu lakukan usah berjanji

hanaahmad said...

jangan berjanji, tapi lakukan sampai betul-betul menjadi.

maCy said...

takut. dgn janji.

kerana hingga kini, janji sebenarnya dusta belaka.

haikalblank said...

GhostWriter: aku ambil nasihat kau untuk hari esok. hehe

NurarnidaSabrina: janji memerlukan komitmen yang super Tinggi.

Nadia: kau beruntung. :)

Monologtism: janjikan syurga lebih indah dari cinta dunia.

QasehDaliaAdelia: yeah, kena pastikan mampu dan layak, baru boleh berjanji.

Hanaahmad: gantikan janji dengan usaha dan doa lebih enak rasanya.

Macy: penghayatan janji itu biasanya kosong.