Friday, November 23, 2012

Ikhlas


Kata tidak selalu benar
Laku tidak selalu lancar
Bibir kadang membelot
Jari kadang merusuh
Tentang perkara yang bukan - bukan

Dalam hati ada ruang
Untuk aku
Menidakkan yang benar
Membenarkan yang salah
Dalam susur masa

Dalam hati ada ruang
Untuk aku
Mencintai yang tidak mencintai
Menjauhi yang tidak menjauhi
Dalam galur masa

Aku gabungkan sudut itu
Untuk sedar akan
Pentingnya aku hidup untuk hari ini.

4 comments:

Munabuna said...

Herimekenzi,
Jangan putuskan asa itu.
Terus, dalam tulus, cuba dan cuba,
Hingga kau puas hati akan hasilnya
Moga-moga!

hanaahmad said...

dan menghargai selagi ada. :)

ghost writer said...

pentingnya kita tau siapa diri kita hari ini.

Felly Sophia said...

Hidup untuk masa hadapan, kawan. :)