Sunday, December 16, 2012

Dirasuk Dunia


klak klak klak
      klak klak klak
bagai sungai mengalir
selagi punya hujan
akan terus berair
    *balik

ada amaran
keluar dari kocek
burung gagah terbang boleh keliru
bahkan rasa malas berkicau
kerana tiada yang sudi mendengar
    *jalan

rintik hujan satu satu titik
sejuk rasa satu satu rajuk
indah dunia satu satu gundah
    *duduk

berbolak baliklah sekali lagi
mudah
    mudah
         mudah
anak kecil sudah kenal dunia
anak kecil sudah tahu segala
pikir mudah segala

menuju Tuhan
Sebagai tentera
mengguling singgahsana

kadang maju itu membunuhku.
     *baring



6 comments:

Wadi AR said...

bagus bagus hekal

Telor Power said...

owh....jap aku cuba fahamkan maknanya.

sgt hebat ayat2nya ni

Telor Power said...

OK aku gagal nak memafaminya. sedat otak aku


mungkin aku perlu menjiwainya lagi

APi said...

*hulur air*
kejap lagi kita sambung balik ya..

ghost said...

kenapa tak harung dan lawan saja?

NY said...

Fuuuuuuyoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Ehem. Kau baring, ada yang bisa pijak perut kau tu. Ehem.