Thursday, December 26, 2013

Manis


Sesudah subuh, dengan kokok ayam menyadarkan aku hari akan kembali siang. Dari tadi gelap menggigil biasanya mengundang lena, tetapi bukan hari ini. Pelbagai pikir menggangguku, sampai jam berputar lebih laju dari biasa. Masih terjaga. Aku nyalakan sebatang rokok tiruan, menyesakkan paru paru hingga dia mengadu. Aku dengarkan sambil menutup telinga.

Mereka kata aku akan gagal, kebiasaannya begitu. Aku pekakkan kerana aku percaya kata hati aku. Biar apa mereka mahu, yang tahunya hanya aku. Aku tentukan perlu atau tidak. Mereka hanya tahu tentukan boleh atau tidak.

Kalau punya bulan,
aku tidak akan minta bintang,
kerana aku tahu sudah cukup
selagi aku mataharinya.

Mereka kata kau cantik,
kerana kau menerang malam
dari hilang matari, tugas berganti dengan romantis
ya, indah.

Saat aku terlindung,
aku tahu kau terus membantu
dari purnama hingga putus sementara
aku tahu, kau akan terus tiba
sampai kita bertentang yang jarang tiba

matahari sudah jatuh hati,
bukan kerana cantik si bulan
tapi kerana dia tahu,
dia diperlukan
saat malam menelan nyawa
matahari panas sejuk jadinya

Ini bukti matari hidup
bukan dalam pandangan malam
tapi sentiasa di hati bulan
ya, sudah cukup indah

No comments: