Friday, September 26, 2014

Akhir.

Pohon ini sudah bertongkat
Bukan kerana rimbunnya buah,
Tapi kerana dahannya yang rapuh, tiada utuh

Akan tiba masanya, untuk aku mengundur diri
Dari kenangan dan segala amalan
Yang tiada pernah sempurna, tiada pernah agung
Bersendiri, menanti tugas seterusnya

Terima kasih matahari yang setia menerangiku
Juga bulan yang menemani sunyiku
Terima kasih angin yang menghidup anganku
Dan tanah yang mengikat jiwaku,
Dari lupa mana usulku

Sudah singkat, masanya
Tiada lagi redup untuk kamu
Dan ranting yang kadang gugur menyesak mata
Aku pergi
Pergi tanpa senyummu lagi.

2 comments:

Anonymous said...

*tepuk bahu*

damia ahda said...

You're strong enaf dude :')