Monday, April 18, 2011

Kau, Dia, Sama semua

Keras kepala. Dipukul resah, Dimarah segan. Dibiar melarat. Ah, perangai manusia zaman sekarang. Sekalian diam membisu. Tenaga dikerah pada yang tak perlu. Dimaki hamun sama seperti dia dia dan dia. Inikah dunia? Kau betul, kata kau. Aku salah, kata kau. Tapi aku diam pada tempatnya, bukan mencongak dengan kata tanpa kiasnya. Ah, lega kalau kau faham kalau kau mengerti. Tapi apa akan ada dunia selesa untuk semua? Kerana aku tetap aku dan kau tetap dengan adat palsu kau sendiri. YA! Dunia ciptaan kau sendiri yang penuh caci maki kerabatmu itu.

CUKUPLAH.

No comments: