Friday, April 1, 2011

Naik Turun

sesekali ku dongak
hidup dan tidurnya mentari memukau kalbu
ku tahu ia nikmat yang agung
ciptaan sempurna dari mata
aku terpegun

puncak kau tuju
ya, itu impian semua manusia
tapi apa akan ada puncak yang sempurna?
tinggi di atas tetapi tiada akhirnya
apa akan wujud sempurna?
kerana sempurna itu hanya milikNYA
aku tahu
aku sedar siapa aku

kau di atas
menunduk angkuh melihat dunia
ya, aku di kaki dunia mendongak mencari makna
ya, aku melangkah tabah menongkah arus ciptaan manusia
kadang aku sangsi siapa di atas
kerana ceritanya gelap
dari reaksi telingaku dengan mereka
aku takut

pesan ibuku jangan kau lupa mana kakimu
jangan kau abai langit kau junjung
penglihatan kau penuh tipu daya
jangan makan ajukan neraka dalam dunia
kerana kita hamba

pesan ibuku jangan kau tewas dalam perang setia
jangan kau gentar amaran gagak neraka
jangan kau melawan kehendak dan kuasa milikNYA
kerana kita bangun ikhlas keranaNYA
kerana hidup ada naik turunnya
seperti adat matahari
celiknya timur, tidurnya barat
aku amat mengerti semua

No comments: