Wednesday, February 1, 2012

Biar



Dalam hati itu ada sejuta rasa. Dalam kepala itu ada seribu peristiwa bersatu membentuk emosi. Segala keputusan yang wujud bukan lagi mampu menenangkan, jauh sekali untuk menghibur. Aku keliru dalam senyum, aku hilang dalam tawa. Segalanya kelam dalam cerah. Bertahun sudah ku pertahan, tapi satu perkara boleh memusnah. Aku keras kepala dalam cinta, dalam garapan kasih meminta - minta. Sudah, egoku menyuruhku berhenti. Ya, salahku. Salahku untuk membenarkan segala ini terjadi. Membenar sangkakala menerpa dengan tiba - tiba, muncul dari kesilapan.

Keputusan itu tergantung tanpa ada pemegang. Biarkan ia di situ. Sehingga aku kuat untuk melihatnya kembali. Berikan sedikit hari dalam minggu, minggu dalam bulan.

Aku yakin akan ada satu jawapan. Pasti.


17 comments:

Katak Puru said...

ego tak kan pernah mmbantu kita.

haikal blank said...

ego membunuh. HAHA

Wadi AR said...

sape ego ni? bia aku tepuk sikit

haikal blank said...

uish. ego kadang2 perlu lak aku rasa. haha

missina said...

dalam cinta tak perlu sangat ber ego kan,,

ghost writer said...

kukuhkan lagi pertahanan kalau begitu,dude.

~SaL IjOu~ said...

ya,pasti ada jawapannya nnt~ =)

monologtinism said...

jangan terlampau lama.
segera. diharap lekas ada jalan dan petunjuknya

Mr.Trollulz said...

Lembutkan hati dengan kalimah suci. Ego akan meninggalkan kau. :)

hanaahmad said...

Kau sendiri sudah yakin dan pasti, maka kuatkannya lagi supaya lebih kukuh.

blog-tips-kurus said...

uuuuuuuu... jiwang ah!

Anyyss Shuhaimi said...

dah kronik ni! cariNya dalam doa,anda pasti menemukan apa yang anda cari.

Fatin Syafiqa Anuar said...

pergh!

yad'z said...

jangan terlalu ego, nanti jadi kroniknya jiwa.. hehe

APi said...

ah, aku juga sering saja seperti kau..
penanti yang menanti sampai hatinya sendiri mati..

yad'z said...

woo ayat api.. sastera~

Princess Nusy said...

ego xelok..kdg2 kne mngalah..=)