Sunday, April 1, 2012

Pagi Ini


Gelap lembut sutera
Kicau burung mula rezeki
Asyik aku memerhati
Sekalian alam mula keluar
Penuh senyum
Penuh harapan

Dan gelap itu pemula hari
Dengan malasnya
Dengan beratnya
haikal tiga kerat sempurna
Pastinya sesuatu harus disempurnakan

Dan gelap itu membawa seribu arti.
Sebagai pencorak rezeki.
Selamat pagi!

6 comments:

Telor Power said...

selamat pagi, moga rezeki hari ini dan hari2 mendatang diberkati Tuhan

O CIKTEDDY said...

gelap itu bikin aku semakin mengerti =D

monologtinism said...

gelap itu pemula hari..
disepertiga bangun dan bertahajud pada Illahi

hanaahmad said...

walau gelap masih ada cahaya di hujungnya.

ghost writer said...

jangan takut pada gelap. ia juga cuma sementara.

~SaL IjOu~ said...

sempurnakan hari..mengorak langkah mencari rezeki~