Thursday, May 8, 2014

Pagi ke petang

Kau sudah berubah.

Mungkin. Mungkin juga itulah aku. Mungkin juga tanggapan yang berubah tentang aku. Mungkin juga, kau yang mengharapkan sesuatu yang lain dari kebiasaan. Mungkin cuma, mungkin.

Duduk di laman, punya burung hantu kecil. Sesat barangkali. Ketakutan melihatku dengan asap keluar perlahan dari bibirku. Dia belum kenal manusia barangkali. Jadi dia ketakutan. Kalau dia kenal, mungkin saja takut itu jadi benci. Kerana melihat jijiknya kita.

Sampai hari gelap, aku pulang. Dengan kekeliruan yang tiada hilang.

No comments: