Tuesday, September 11, 2012

Sendiri


Ada kalanya kebenaran itu bukan dalam pandang. Ia boleh jadi sebalik apa yang kita canang, yang terhidang di depan. Dunia rumit sebegini tak mungkin boleh dihurai tanpa pikir yang panjang. Lihat saja berapa ramai yang tewas sebelum menjelaskan juang.

Ah, aku kadang suka menonton gerak bisu manusia sekeliling. Mereka berbicara lantang di bibir tapi sepi di hati. Seakan - akan ada sesuatu yang mati. Aku toleh kiri dan aku lihat ada wajah - wajah mereka yang professional berbicara. Menerkam dosa - dosa wayang yang lainnya dengan angkuh seakan sorga di tangan mereka. Ada juga yang berselindung sucinya mutiara sambil menangguk nanah ke dada - dada lainnya. macam - macam gelagat dunia.

Tapi masih ada sinar. Ada saja saban hari yang menggugak cahaya semadi. Meneropong tanah abadi, mencari yang hakiki. Itu harapan setiap insan, setiap jalan.

Aku sibuk berbicara tentang mereka di sekeliling. Aku bangun dan hidupkan pelitanya.

Ah, Aku dalam bilik berkaca!



4 comments:

penjajah minda said...

terkadang perlu bersendiri untuk melihat dunia.tak mahu berkongsi.mungkin belum tiba masa.

Haikal Blank said...

ada yang boleh dikongsi, ada yang tidak. ada juga yang perlu dikongsi apabila tiba masanya.

mungkin.

SaddLone said...

harap bilik ko penuh dengan serpihan kaca juga, agar boleh bangkit dalam realiti hidup manusia.

Haikal Blank said...

tu lah. aku rasa aku masih terperangkap di antara realiti dan khayal. tapi aku sukakannya kadang - kadang.