Tuesday, September 4, 2012

Ketar


Memang kadang perasaan itu sepertinya curang dengan keinginan hati aku sendiri. Aku petakkan ia, ia berdegil meregang menjadi bujur semula. Sebujur wajah yang kau punya. Cantik, indah warna airnya. Buat aku senyum selalu.

Segala apa yang berlaku menghukum hari - hariku. Sesal yang tidak berkesudahan membungkam hati. Rasa itu tersepit diam di antara cerita - cerita dari memori kepala. Mencetak pelbagai spekulasi kotor tentang apa yang dirasa. Tidak mampu senyum lagi.

Ketika muncul kembali satu senyum itu, aku reda. Reda dalam seluruh kata, dalam seluruh suka. Tubuh menggeletar seakan menahan sesuatu. aku sendiri tidak tahu kenapa. Aku tidak faham bahasa mereka di dalam. Hati seakan mahu memberitahu sesuatu tapi tubuh yang lain menahannya dari sampai ke kepalaku. Ah, dia senyum lagi. Entah apa di cerita sudah tidak kedengaran. Aku terus bermain perasaan.

Aku tahu dia sempurna, aku tahu dia setia cuma aku bukan si pujangga seperti lainnya. Kelu berhadapannya. kaku sempurna.

Entah bagaimana pula aku mahu menghadap mati. Apa ada ruang untuk aku membela diri di sana?

Aku kucup bibir sendiri dalam ketar yang tidak akan pernah berhenti.


No comments: