Friday, March 21, 2014

Gitar


Gitar merah ini seringkali dijadikan medium untuk aku luahkan segala apa yang berlaku sehari hari. Dari topik cinta ke suka suka malam yang bosan dia terus menjadi teman. Saat semuanya menidakkan wujud aku, dia terus ada bersandar di bilik tidur menanti aku pulang dengan pelbagai cerita.

warnanya sudah lusuh. Tidak pula lekat di tangan, atau kemerah merah di kulit dadaku berkat ku peluk malam hari.

aku takut, kalau kalau dalam tidak sedar
merah itu telah membekas dalam hati
bersama melodi rindu, halus
yang tidak mungkin ku tolak.

No comments: