Sunday, April 20, 2014

Aku ingin hilang

Kau melintas lagi di hadapanku,
Tidak menoleh, langsung terus
Buat aku bangkit dari duduk
Melambai belakang tubuhmu
Sedang wajahmu sudah terlalu biasa
Dalam hela nafasku sehari hari.

Aku ingin terbang
Pada bulan
Kerna aku mahu jadi indah
Dalam pelukan cahaya matari
Bahgia, bersama senyum kamu yang menutup mata.

1 comment:

Mia said...

pergi approach sana perempuan tu. jangan gusar gundah gulana.