Wednesday, August 24, 2011

aku kenal bandar



aku kenal bandar
tempat orang bersuka
tempat orang remaja
bila malam semua duka jadi ceria
pantas, segalanya kelihatan ceria

aku kenal bandar
semuanya ringkas
padat dalam gaya
putih
aku terpana hanya kerana dia

aku kenal bandar
semuanya gelak ketawa
nikmat dunia
aku suka
aku leka

aku kenal bandar
ya, aku kenal

tapi apa itu bandar hakiki?

4 comments:

Nurarnida Sabrina said...

proses mencari bndr hakiki tk semudah di bandar

Haikal Blank said...

bukan tak mudah, tapi sangat susah kalau di bandar. :(

intan.maisarah said...

bandar hakiki.. adakah?

aku masih bercinta dengan desa

Haikal Blank said...

kedamaian desa sangat2 menyegarkan. tunggu lah raya, aku sapu semua bunyi meriam yg ada. haha