Saturday, August 27, 2011

Antara Dua Dunia





ku tapakkan kaki ke sana
meniti gerigi besi 
sejuk tak terperi
gelap tak tercari
sunyi berdengus sendiri
mata terbuka tiada

wall wall
wall wall

terbayang akan nukilan itu
apa aku di situ?
tidak langsung ku tahu

aku duduk termenung
termangu memikir 
di mana aku
sehingga aku membanding

aku di sana
terkepung antara noda dan dogma
yang bengis menyinga
antara kuat dan lemah
siapa hebat dia di atas
putarnya mengikut rimba
ihsannya hampir tiada

harta, pangkat dan wanita 
menjadi medium penjunuban iman
oleh syaitan dan nafsu
yang sentiasa memburu
untuk menjatuhkan

duduk, tunduk, merunduk sepi memikirkannya
lebih elok aku disini memegang kaki sendiri
menggigil tenang tanpa duri
yang menusuk setiap kaki melangkah

antara dua
tertutup sepi
atau meredah mati
ku harap ku kuat berjuang memegang prinsip
yang pastinya tidak akan lemah
jika disandar pada mega kukuh tiang asli tiada ciptaan.

di mana aku harus berada?



5 comments:

Eena Arrina said...

wah..suukaa giler :P

Nurarnida Sabrina said...

dduk depan meja.tunggu waktu berbuka. HAHA

haikalblank said...

Eena, sukalah sangat! kahkah :)

NurarnidaSabrina, alhamdulillah, dah kenyang dah ni. hakhak

venus said...

bangunlah melangkah. lihatlah dunia. pelajarilah hidupmu. jangan kau duduk sepi disitu. kuatkan semangatmu.

nub said...

penjunuban bersepahan

nub x junub..

hahahaha