Sunday, August 28, 2011

Merenung camar




Antara lembut dan kasar
antara dua dunia perasaaan sepi
mencari atau menanti
sama carinya
tentang cinta antara kita

ku lihat camar
terbang mencari damai
dilingkari angin dingin tinggi di sana
tak tercapai si tidak bersayap sepertiku
tangganya tidak tercipta untukku

dalam mencari sepi menghiris
dalam diam ku fikir ianya bengis
antara kita berdinding tipis
ku gagahkan untuk mewujud
kebahagiaan kau bersamanya

benar kau pergi!
biar kau terbang membawa diri!
ambil lah kebebasan kau lari dari sepi!
selama ini

ku tatap kau dari balik dinding lutsinar
ku hias sendiri ruang ini merojak sakit sendiri
baru ku tahu kuatnya
halilintar dinama cinta

terima kasih si camar


3 comments:

Nurarnida Sabrina said...

nak raya dah ni. tk pyh nk jiwang sgt. HAHA

haikalblank said...

puihh,...gua nga jiwang ngn ketupat ni. HAHA cibet.

sumaiyah mokhtar said...

hahaha puisi raya ke? mcm lain je :)