Tuesday, August 23, 2011

Sepi Akhir



Ku tenung kali dari tepian
ku cipta satu persoalan
dari satu pandangan berpunca dua
hati tak tenteram memikirkannya
lidah tergerak untuk bertanya

dua helai daun membawa unsur sepi
ditanya pada sepinya apa sendiri?
tidak, kami berdua jawab salah satunya
tidak, kami selalu bersama

kenapa runut sepi kau bawa?
walau hidup sentiasa bersama?

kami bersama pada mata
walau bersebelahan segalanya sepi
hilang dalam pekikan si dewa kali
dalam cerita hanyut dewasa

entah ada hujung
entah ke tepian sekerat cuma
hanya air menentu cerita
kami bersebelahan dalam dunia dia
tiada kuasa tiada daya
hanya dekat walau tiada akhir jawabnya

hanyut sepi menyendiri selamanya
kerana akhirnya ku pasti kita berbeza
hakikatnya
aku hanya daun
katanya





4 comments:

Nurarnida Sabrina said...

Gua sepi.Perlukan makanan menemani.HAHAA

haikalblank said...

hahaha itu teman yang amat disenangi pada waktu ini. burp~

haha

Cik Gee said...

wehhh.. aku x faham... ahakss..

haikalblank said...

hakhak. aku pun tak faham. sapa yang taip nih??