Saturday, August 13, 2011

Remaja sanskrit




Di antara muda dan tua
hidupnya kisah si pengumpul cebis citra luka
dalam mengemam kehidupan remaja
mengeksploitasi diri hakis susila
di gedung - gedung pasaraya
dengan goyahnya gemalai kaki melangkah
di taman - taman dataran kota

Tampak indah bulatan kini
tapi hakikatnya pencar
dalam diam luluh terkelar
berbekas kekal merubah akhirnya
di masa tua sempatnya tiada

goyang pasti
gigil mesti
gentar diri
menikmati pencak khilaf syurga dunia
mungkinnya ke kiri atau kanan
penentunya kini
remaja pemuafakah dunia kini

apa pilihan kita?



7 comments:

monologtinism said...

ini,
sukar dimengertikan

tentang rentak kehidupan remaja hari ini?

Nurarnida Sabrina said...

pilihan di tgn kita. Remaja ini, tua begini juga?

haikalblank said...

monologtinism : ya, aku berbicara soal gelojak remaja biasa sekarang. ramai yang tidak punya semangat mahu mengangkat diri ke satu tahap baru. yang lebih baik untuknya. Leka dengan dugaan dunia.


Nurarnida Sabrina: Ya, jika hati sendiri tidak mahu berubah, siapa lagi yang mampu ye tak?

ghost writer said...

aku selalu letih bila berbicara soal remaja.

tak kata,serba salah
dikata,bertambah resah.

haikalblank said...

aku sendiri sedang leka dengan dunia remaja. huh.

Saiazuan said...

tak tau mana satu blog utama

haikalblank said...

haha blog satu lagila yang utama. blog ni sesaje aku bujet2 berpuisi walau tak sedap. kahkah