Tuesday, August 2, 2011

Rahsia Tak Disangka


Ada cerita antara kita
Bertemakan dunia cinta hakiki
Cereka dunia menanti mati
Dalam perjalanan menuju abadi

Enak rasanya jika berkhayal
Fana bingkisanNYA tersergam indah
Gemar daku menghias pikirku
Hanya dengan sebuah potret
Inilah imaginasi sastera

Jauh untuk ku kejar
Kelam mataku
Lalu jatuh ke dalam renungan
Menggulung jasad takut yang amat

Nak ke mana?
Oh, tahu kau takut!
Pertontonkan zikir dunia kau!
Quran itu kau dakap dalam benak akal
Rasanya masa tiada mekar pasti
Setiap sendi akan menderhaka

Tak ku fikir akan nanti
Untuk mengecap wangian Tuhan

V,W,X, rahsia Dia

Ya, hanya Z pasti akhirnya

3 comments:

hanaahmad said...

mudah jika kita tahu Z itulah penghujung dalam sebuah kehidupan. namun sayang, hidup tidak direncana dengan label abjad seperti itu.

ghost writer said...

aku rasa aku dah komen puisi yg ini.

haikalblank said...

ya, sekadar renungan yang mati akhirnya. cuma kronologinya berbeza. itulah rahsia kehidupan.


GW, ya, aku repost di blog sana. haha